Thursday, June 4, 2009

LOGO HALAL PUN ADA YANG PALSU?

Kita hendaklah prihatin terhadap kehalalan makanan, minuman dan produk kegunaan harian setiap masa. SILA KE WEBSITE JAKIM JABATAN YANG BERTANGGUNGJAWAB KEATAS PENSIJILAN HALAL DI MALAYSIA :
 http://www.halal.gov.my

50, 000 SIJIL HALAL PALSU???

Oleh WARTAWAN MY METRO - Mohd Jamilul Anbia Md Denin
28 Mei 2009
KUALA LUMPUR: Berhati-hati apabila menjamu selera di restoran milik pengusaha bukan Islam berikutan siasatan pihak berkuasa mendapati ada antara sijil halal yang tertera pada premis perniagaan berkenaan palsu dan dibeli daripada pihak tertentu pada harga mencecah RM5,000 sekeping semata-mata untuk menarik kedatangan orang Islam menjamu selera di premis mereka.

Difahamkan, penyebaran sijil akuan halal itu mendapat permintaan tinggi di kalangan pengusaha restoran milik bukan Islam bermasalah berikutan pemilik tidak perlu mematuhi syarat dan prosedur pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini.

Berdasarkan siasatan, sijil akuan halal yang tidak diiktiraf Jakim itu kini dimiliki hampir 50,000 premis makanan terutama pengusaha restoran bukan Islam di seluruh negara.

Jurucakap Halal Industry Development Corporation (HDC) berkata, pemantauan dan siasatan dilakukan di beberapa premis makanan mendapati sijil halal tidak sah berkenaan diedarkan individu tertentu yang menjualnya untuk mendapatkan keuntungan lumayan.





P/S: Klik Gambar untuk Besarkan
Sumber: Halal Haram:Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment