Saturday, June 6, 2009

BERUS BULU BABI, RACUN FLORIDA DALAM UBAT GIGI

IPOH PERAK
IPOH: Jawatankuasa Syariah Perak memutuskan berus bulu binatang yang dihasilkan di China dan Taiwan haram digunakan premis perniagaan makanan halal termasuk roti dan kek di negeri ini.
Keputusan itu dibuat berikutan rampasan berus bulu babi yang kebanyakannya diimport dari kedua-dua negara berkenaan digunakan di kedai kek dan roti yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).
Selain penggunaan berus bulu babi, juga didapati kebanyakan berus bulu binatang dari negara berkenaan adalah daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak serta tidak diketahui jenisnya.

Pengarah Jaip, Zainal Abidin Omar, berkata keputusan Jawatankuasa Syariah Perak itu dimaklumkan kepada pihaknya menerusi surat yang ditandatangani Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, baru-baru
ini.
Beliau berkata, Jawatankuasa Syariah hanya membenarkan bulu jenis fibre dan plastik digunakan premis perniagaan makanan halal di negeri ini terutama yang mendapat Sijil Pengesahan Halal.
"Keputusan Jawatankuasa Syariah Perak itu berdasarkan pemeriksaan Jaip sebelum ini yang mendapati masih ada premis perniagaan makanan memiliki Sijil Pengesahan Halal ,tetapi menggunakan berus bulu binatang daripada bulu babi dalam proses penyediaan roti dan kek yang dibeli pengguna Islam.
"Tahun lalu 18 premis makanan halal dikenal pasti menggunakan berus bulu babi dan bulu binatang yang tidak disembelih dalam pembuatan roti, kek dan pastri.
"Ini tidak termasuk tiga kes penggunaan arak dan lapan kes penggunaan ramuan dan perasa mengandungi alkohol tinggi dalam pembuatan roti, kek dan pastri di premis terbabit," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, apa yang lebih menyedihkan ialah premis milik orang Islam juga menggunakan berus berkenaan dalam proses penyapuan ramuan pada roti dan kek yang dijual.
"Berus itu digunakan untuk menyapu telur atau mentega pada makanan. Selain itu penjual apam balik (Melayu) di pasar malam ada juga menggunakan berus itu tanpa menyedari asal usul peralatan yangdigunakan," katanya.
Zainal Abidin berkata, pemeriksaan itu dijalankan di premis yang sudah mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang dibuat setiap tiga bulan bagi memastikan premis berkenaan menyediakan makanan mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau berkata, pihaknya hanya mampu menarik balik Sijil Pengesahan Halal kerana tindakan undang-undang tertakluk di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
"Kita tarik balik lesen dan ambil logo halal, apabila dapati mereka tidak mengikut peraturan dan beri semula apabila membuat permohonan. Kita pantau premis ini dan nasihatkan mereka dari semasa ke semasa," katanya.
Katanya, segelintir pembuat roti dan kek degil kerana terus menggunakan berus bulu babi dengan alasan bulu itu sesuai dan lebih lembut untuk teknik penyapuan pada makanan yang lembut.

Sumber dari http://www.mymasjid.net.my

KUANTAN PAHANG

KUANTAN: Pengguna yang bercadang membeli roti dan kek sempena Aidilfitri perlu berhati-hati bagi mengelak terbeli dari premis yang menggunakan berus bulu babi.

Berus berkenaan digunakan untuk menyapu minyak dan krim pewarna pada makanan berkenaan sebelum dan selepas proses membakar dilakukan.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mohammad Abdul Qahar Abd Aziz, berkata pihaknya mengesan masih terdapat pengusaha kedai kek dan roti menggunakan berus bulu haiwan dan bukan berus plastik atau nylon.
Menurutnya, walaupun antara mereka yang disahkan tidak menggunakan berus bulu babi tetapi mereka masih terdedah dengan penggunaan bulu haiwan seperti arnab, lembu dan kambing yang tidak disembelih.

Katanya, selain berus bulu babi terdapat juga kilang roti menggunakan mesin pembungkus yang terdapat bulu babi bagi tujuan menyusun dan meratakan roti.

"Jaip mengingatkan kepada pengguna supaya lebih berhati-hati ketika membeli dengan meneliti nama syarikat pembuat setiap kali membeli kek dan roti terutama menjelang Aidilfitri.

"Jaip bersama Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Orang Islam Pahang akan terus melakukan pemeriksaan membabitkan semua kedai kek dan roti di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai pemeriksaan mengejut di tiga premis membuat kek dan roti, di sini semalam, yang turut disertai anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan pejabat kesihatan.

Abdul Qahar berkata, pada pemeriksaan itu juga pihaknya mengambil tujuh contoh berus sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Kuala Lumpur bagi mengesahkan sama ada ianya bulu babi atau bulu haiwan lain.
Katanya, sebelum ini, pihaknya pernah mengambil contoh lebih sepuluh berus yang digunakan pemilik kedai kek dan roti. Berdasarkan keputusan, sebahagian besarnya adalah bulu babi.
Menurutnya, sebelum ini, sebuah syarikat pembuat roti di Temerloh dikenakan tindakan tegas dengan menutup sementara sebelum mengarahkan melakukan kerja menyamak selepas disahkan menggunakan berus bulu babi.

Dipetik dari:

http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat90/nasihat90.html


RED ALERT ! ANCAMAN BAHAYA FLORIDA DALAM UBAT GIGI :




RACUN BERNAMA FLORIDA

DALAM UBAT GIGI
APA ITU FLORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan. MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA? Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi. Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.



UBAT GIGI BERFLORIDA ADALAH TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN. JANGAN TERTIPU DENGAN IKLAN! PESANAN DARI PENGGUNA MUSLIM.

No comments:

Post a Comment