Wednesday, January 20, 2010

(حَلٰلًا طَيِّبًا ) HALALAN THOYYIBA

HALAL, BERSIH DAN BAIK (HALALAN THOYYIBA) ITULAH DIA MISI BLOG KAMI.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya adalah syubhah(ragu-ragu) yang mana ramai manusia tidak mengetahuinya. oleh itu sesiapa yang menjauhinya (yang syubhah) dia tidak akan dipersalahkan, dan sesiapa yang telah terjatuh kedalamnya (yang syubhah) dia telah terjatuh kedalam yang haram. Hadith diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah and Darimi.

The Prophet (peace be upon Him) has given a guideline concerning Syubhah matters. It is reported by Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah and Darimi, as follow:

What is Halal is clear. And what is Haram is also clear. And in between those two is a dubious area in which many people do not know about. So whoever distanced himself from it, he has acquitted himself (from blame). And those who fall into it, he has fallen into a state of Haram.

**********************************************************************************
 DARI FACEBOOK USTAZ ZAHZAN. SHARE LINK INI DENGAN SESIAPA KENALAN ANDA YANG ANDA FIKIR MINAT.


اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.

Kisah di sebalik doa ini :

Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi , seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Sayyidina Ali memberitahunya jika kamu beramal dengan doa yang pertama di atas , engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung .

***********************************************************************************
Malaysia ada jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk pengesahan HALAL sesuatu produk. Sila semak samada produk yang anda guna HALAL atau .....:

HALALAN THOYYIBA

BLOG INI ADALAH BERKAITAN HALALAN THOYYIBA IAITU KEBERSIHAN ROHANI DAN JASMANI DI DALAM MAKANAN, MINUMAN DAN SETIAP BARANG PENGGUNA YANG DIGUNA OLEH SETIAP MUSLIM SETIAP HARI. ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN. HALALAN THOYYIBA AMAT MEMENTINGKAN KESUCIAN DAN KEBERSIHAN -SUCI BERSIH DAN BAIK UNTUK ROHANI DAN JASMANI UMAT MANUSIA, SUCI BERSIH DARI SEGI SYARI'AT TERHADAP PEMBUATANNYA, BAHANNYA, PENGILANGANNYA DAN MENGIKUT AMALAN PENGILANGAN ISLAM(IMP). INI BOLEHLAH DIKATAKAN SATU UKURAN ISO KEPADA PRODUK PENGGUNA MUSLIM  DARI PERSPEKTIF ISLAM MENGIKUT SEPERTIMANA AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W SERTA SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH S.W.T. DI DALAM ALQUR'AN.